Sunday, September 6, 2015

Nasi Briani Ayam/Kambing/Daging (Rempah Istimewa Batu Pahat)

Assalamualaikum WBT

Hari ini saya nak share sedikit resepi Nasi Briani. Saya belajar masak nasi briani ni daripada seorang orang lama dari Batu Pahat (Wak Sarip). Saya Juga nak kongsi untuk masak makan seisi keluarga (1kg beras) dan juga kalau nak buat kenduri pun boleh (anggaran masak dalam 10 kg beras).


Bahan- Bahan untuk

7 Ekor ayam potong 16 (anggaran berat dalam 1kg- 1.5kg seekor)/boleh ganti dengan Daging Lembu/Kambing

10 kg Beras Basmathi Faezah/ Jasmine (brand lain pun boleh)
400 gms Rempah Istimewa Briani Batu Pahat
1 kg bawang merah
1/2 kg bawang putih
300 gms halia
1 peket besar rempah tumis
1 tin besar minyak sapi
2 tin susu cair
2 tin besar Tomato Puree
2 botol sos cili
2 botol sos tomato
1 kg Gula - Stanby je tak guna semua pun
200 gms garam- Stanby je tak guna semua pun
1 botol besar madu untuk masakan
2 botol pewarna kuning telur
200 gms kismis (untuk hiasan)
100 gms gajus (untuk hiasan)

Briani Kambing- Nasi tak letak pewarna
Cara-Cara Masak
1. Kisar Bawang Putih, Merah & halia
2.Tumis Bahan kisar dengan Minyak Sapi & rempah tumis (api sederhana) - Tunggu sehingga naik bau harum
3.Bancuh Rempah Briani dengan air ( Pastikan sukatan rempah dan daging mengikut nisbah yang betul - 200 gm untuk 10kg ayam) kalau terlebih rempah dikhuatiri masakan jadi pahit.- Tunggu sehingga bau naik bau harum.

4. Asingkan rempah kepada 3 bahagian. 2 Bahagian untuk Lauk Briani dan 1 bahagian untuk Nasi

Cara- Cara Masak Lauk Briani
1. Masukan ayam yang telah di potonng kedalam rempah Briani yang telah di tumis tadi.
2. Gaul Sehingga sebati di atas Api Sederhana.- tunggu sehingga rempah mula mendidih
3. Masukkan Air - Pastikan aras air separas dengan Ayam/Daging (jika nak kuah Pekat air kurang daripada Ayam/Daging)- Tunggu sehingga kuah mendidih.
4. Masukkan Tomato puree- kacau sehingga rata
5. Masukkan Garam, gula/madu, Sos tomato, Sos cili (secukup rasa)- tunggu sehingga mendidih
6. Masukan potongan tomato
7. Masukkan Susu cair - kacau sehingga rata
8. tutup api - dah siap

Cara- Cara Masak Nasi Briani
1. Basuh Beras Basmathi dan toskan
2. Campurkan rempah Briani yang di asingkan tadi ke dalam beras - Pastikan sukatan air 1:1 (1 Beras & 1 air).
3. Campurkan Susu Cair - kacau dan ratakan
4. Masukan daun pandan untuk bagi wangi
5. Masak nasi sehingga masak
6. Letakan pewarna, Gajus & kismis untuk hiasan.


Selamat Mencuba!!!







No comments:

Post a Comment