Monday, September 11, 2017

Bubur Merah Jawa

Assalamualaikum

Biasa org jawa masak bubur merah ni utk berhajat selalunya. jadi semalam masak bubur merah ni utk suka suka je. jom saya kongsi resepi

Bahan2 :

2cawan beras pulut
1/2 cawan beras biasa
1 1/2 kotak kecil santan ayam brand
Garam
2 - 2 1/2 ketul gula melaka
Daun pandan
Air lbh kurang 7 cawan

Cara :


1. Masukkan pulut, beras, air, daun pandan dan garam. Masak hingga lembut
2. Masukkan santan. Kacau sebati. Then asingkan sedikit(utk bubur putih)
3. Bakinya masukkan gula melaka dan kacau sebati. Tadaaaa...dh siap.


Selamat mencuba!!!!

Tuesday, August 15, 2017

Tom Yum Thale Hatyai Style - Tomyam Seafood ala Hatyai

Assalamualaikum. hari ini Abe nak kongsi satu Resepi Tomyam Seafood ala Hatyai.
Bukan resepi sahaja. tapi kaedah nak buat bagi rasa sedap & kaw. Inshaa Allah
sama macam rasa kat kedai. Resepi ni Ambe tanya tukang masak yg masak Tomyam ni.


Bahan- Bahan

1 Biji Tomato
1 potong Lengkuas Besar Ibu Jari
3 batang serai
5 helai daun limau purut
5 ulas bawang putih
1 biji bawang holand
2 sudu besar Pes tom yam
2 sudu besar sos ikan
2 biji limau purut
5 biji lada cili - nak pedas kena letak banyaklah.
600 gm makanan laut ( udang, sotong, ketam dsb)
1/2 tin susu cair
Garam & gula secukup rasa
1 genggam daun ketumbar


Cara- Cara Masak ( ni paling penting)

1. Didihkan air dalam 600ml
2. Setelah Mendidih Masukkan bahan ketuk (serai, lengkuas, bawang putih) & juga masukkan tomato, bawang besar , daun limau purut.- tunggu sehingga rebusan mendidih.
3. Masukan Pes tomyam. kacau sehingga sebati



4. Kemudian masukkan Udang, sotong 7 ketam. (kalau nak tambah cendawan pun boleh)
5. Tunggu Sehingga Mendidih. (*** Boleh masukkan sedikit gula kalau nak. -1 sudu  teh)
6. Masukkan Sos Ikan
7. Perahkan Asam Limau Nipis
8. Masukan susu cair & kacau sehingga sebati (kalau nak tambah garam pun boleh kalau tak tambah pun boleh-- ikut citarasa masing-masing)


9. Masukan Daun ketumbar ke dalam mangkuk then isi tomyam ke dalam magkuk, Akhirnya siaplah semangkuk besar Tom Yum Thale Hatyai Syle


Selamat Mencuba ..... Semoga Berjaya--- Anak2 yang susah nak makan pun makan bertambah

Wednesday, November 9, 2016

Nasi Kukus Ayam Berempah. Special Kota Bharu Style

Assalamualaikum...

Disini saya nak kongsi Satu resepi Nasi Kukus Ayam Berempah.

Jom Kita tengok saya share untuk buat 100 orang makan. Bolehlah untuk buat niaga ke ataupun nak buat makan kenduri bagi sahabat-sahabat makan.

Bahan - Bahan Perap Ayam

1. Bawang Merah 1 kg *
2. Bawang putih  500 gms*
3. halia 500 gms*
4. Serbuk Jintan manis 200 gms
5. Serbuk Jintan putih 200 gms
6. Serbuk lada 200 gms ( kalau nak pedas boleh masuk lebih sikit)
7. Biji Ketumbar 200 gms
8. Serbuk kari daging 100 gms
9. Garam Secukup Rasa
10. Gula Secukup Rasa
11. Ayam 10 Ekor potong 4

Cara- Cara-- Kisar Bahan Bertanda * kemudian gaulkan bersama semua bahan diatas. Perap lebih kurang 2-4 jam. Kemudian Goreng Dengan api Sederhana


Perapan Ayam berempah

Ayam Berempah yang telah siap digoreng


Bahan- Bahan Kuah Gulai daging/Ayam

Yang paling mudah boleh tengok post Nasi Belauk Kelantan  ada di sharekan juga cara buat sambal.

Cara- cara Penyediaan Nasi Kukus.

Masak Nasi Seperti biasa - Nak sedap masak nasi guna beras wangi

Kemudian kukus nasi dan hidangkan Bersama ayam goreng berempah, Gulai daging/ ayam bersama potongan timun dan sambal. 

Selamat Mencuba

Nasi Kukus Ayam Berempah




Wednesday, August 17, 2016

Acar Tahun (Acar Buah) Batu Pahat Stail

Nak kongsi Resepi acar Buah-- yang ini resepi untuk buat kenduri, kalau nak buat berniaga pun boleh. Sukatan ni buat untuk majlis Iftar puasa lepas. tetamu jemputan lebih kurang 300 orang makan. jom kita tengok resepi dan cara- cara nak masak acar buah.

Bahan-bahan
Minyak Masak 2-3 cawan
Cuka Makan 1 Cawan
Pelbagaikan jenis-jenis jeruk lebih kurang 2 kg
Kurma 2 kg (beli yang murah je sebab nanti akan di kisar)
Bawang Besar 1/2 kg Potong dadu
Gula
Garam
Kari Ikan 2 sudu besar


Bahan Kisar
1/2 kg Cili Kering
1 kg bawang besar
750 gms bawang putih
1/2 kg halia

Cara-cara Masak
1. Panaskan Minyak api sederhana
2. Tumis Bawang Merah, Putih & Halia Sehingga Naik Bau
3. Kemudian Masukan cili kering yang telah dikisar Tunggu sehingga wangi
4. Masukkan Kari Ikan  sudu gaul sehingga Sebati
5. Masukkan Jeruk/ Asam 
6. Masukan Garam Dan Gula secukup rasa
7. Masukkan Bawang Besar potong dadu
8. Masukkan Kurma yang telah dikisar
9. Tunggu sehingga Bawang besar layu.-- kalau nak tahan lama masak biar lama skit

10. Dah siap masak- dah boleh nak hidang dah

Sesuai Dimakan Bersama Nasi Briani, Minyak, arab, jagung, hujan panas--- Aksesori 

Masa masak acar ni makan majlis Iftar dengan Nasi Briani


                                                 

Wednesday, February 17, 2016

Nasi Hujan Panas


Assalamualaikum...

Hari Ini nak share satu resepi Makanan Melayu. Nasi Hujan Panas

Bahan- Bahan Lauk

2 Ekor Ayam
300 ml Minyak Masak (untuk menggoreng ayam)
100 gms Cili Kering **
Rempah Tumis
5 biji bawang Merah (besar) **
1 labu bawang putih **
1 ulas 3 cm halia **
5 batang Serai diketuk
1 tin Kecil Tomato Puree
1 botol sos cili
1 botol sos tomato
1 tin susu cair
3 biji tomato segar
gula dan garam secukup rasa

Cara- cara masak lauk

kisar bahan bertanda **
Goreng ayam sehingga masak (tak perlu kering sangat)

Tumis bawang merah, putih, halia dan  rempah tumis,  sehingga naik bau wangi  (simpan 3 sudu besar untuk nasi)
Masukkan cili kering yang telah dikisar tunggu sehingga naik bau
Masukkan Serai
Masukkan tomato Puri
Masukkan Sos cili & tomato
Masukkan Gula & Garam (ikut kesesuaian masing-masing)
Masukan tomato segar yang telah dipotong
Masukkan susu cair 1/2 tin (simpan 1/2 untuk nasi)
Gaul ayam yang telah digoreng ke dalam Sambal Ayam merah


Bahan- bahan Nasi

2 kg Beras Basmathi
3 sudu besar Minyak Sapi
Susu Cair

Cara- cara Masak Nasi

Panaskan minyak sapi bersama bahan *** (bawang besar, merah & halia)
Basuh beras
Pastikan nisbah beras dan air sama
masukkan air, beras dan bahan tumis dan susu cair
masak sehingga masak

* Dah masak bolehlah taruk aksesori kismis, biji gajus dan bubuh pewarna

JOM MASAK - NASI HUJAN PANAS


Bahan- bahan Acar Nenas

1 biji nenas
3 biji cili besar
2 batang timun
1 biji bawang Merah besar
gula
garam

Cara- cara 

Potong nenas nipis
potong cili
potong timun
potong bawang

gaulkan bersama gula dan garam secukup rasa

Selamat Mencuba

Friday, December 25, 2015

Nasi Goreng Biasa

Nasi goreng simple kegemaran hubby.


Bahan-bahan :


- 2 mangkuk nasi
- 1 labu bawang merah saiz sederhana di hiris-hiris
- 1 ulas bawang putih diketuk
- 3 biji cili padi diketuk
- 1/2 cawan isi ayam dipotong kecil
- 1 sudu sos tiram
- 5 sudu++ kicap manis
- 1 biji telur
- 5 sudu minyak masak
- Garam secukup rasa

Cara penyediaan :

- Tumiskan ayam sehingga masak.
- Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili padi
- Masukkan sos tiram dan biarkan 1/2 minit.
- Masukkan kicap manis diikuti dengan nasi.
- Masukkan garam secukup rasa dan tuangkan ke dalam mangkuk.
- Gorengkan telur dadar dan hiris tipis2.
- Taburkan ke atas nasi tadi.
- Siap untuk dihidang.

*** Kalau ada sayur spt kangkung dsb blh lah dimasukkan

Monday, November 30, 2015

Kerang Goreng Berlada



Bahan-bahan:

1 kg kerang yang telah dibersihkan
1 ulas bawang putih ditumbuk lumat
1/2 labu bawang merah ditumbuk lumat
3 sudu cili kisar
1 sudu sos cili
1 1/2 sudu gula
secubit garam
sedikit minyak

Cara penyediaan :

- panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga kering.
- masukkan garam dan gula. Kacau
- Masukkan kerang dan gaul sebati. Masak hingga kerang masak
- Masukkan sos cili dan gaul sebati.
- Siap untuk dihidang