Tuesday, September 1, 2009

Serunding Kelapa




Bahan -bahan:

1/2 biji kelapa parut digoreng tanpa minyak
1/2 cawan daging kisar
4-5 sudu gula
1 sudu gula merah
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan kisar

1 batang serai
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
6 biji cili kering
sedikit lengkuas
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu ketumbar
2 sudu jintan halus

Cara penyediaan :

- Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
- Masukkan daging kisar. Tunggu masak
- Masukkan gula, gula merah dan garam.
- Masukkan kelapa parut yang disangan. Masak hingga kering.
- Siap untuk dihidang






No comments:

Post a Comment