Satu lagi resepi yg sangat sesuai untuk bersahur...perap, simpan dan goreng bila perlu.
Bahan- bahan:
500g daging batang pinang dipotong kecil-kecil
1/2 cawan minyak
1/2 cawan air
1 tsp garam
2-3 sudu gula
Bahan kisar:
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
1 sudu jintan halus
1 sudu ketumbar
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
Cara penyediaan :
- perapkan semua bahan beserta garam dan gula sekurang-kurangnya 1 jam
- Setelah 1 jam, masak bersama 1/2 cawan air hingga daging lembut.
- Apabila telah agak kering, tuangkan minyak. Masak sehingga kering.
- Siap untuk dihidang.
*** Apabila telah diperap, bolehlah disejukbekukan untuk di masak pada bila2 masa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment