Actually hidangan nie blh dimakan untuk 3 org...tp kita orang makan berdua pun leh licin ma...
Bahan-bahan:
250g mee kuning (kalau nk guna kuew tiau or bihun leh gak)
1/2 cawan isi ayam yg telah dipotong kecil
2 ulas bawang putih diketuk
1 biji lada merah dimayang
1 biji lada hijau dimayang
1/2 cawan cendawan disiat-siat
1/2 cawan lobak dihiris2
2 sudu sos plum
1 tsp sos tiram
1 tsp gula
1 tsp garam
1/2 cawan air
1/2 cawan air dicampur dgn 1 tsp tepung jagung
sedikit minyak
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan lada
- Masukkan ayam dan tunggu hingga agak masak
- Masukkan sos tiram, sos plum dan air.
- Masukkan mee, lobak dan cendawan. Kacau.
- Masukkan garam, gula dan air yg dicampur tpg jagung. Kacau sebentar.
- Siap untuk dihidang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment