Resepi dari Fadh
Bahan untuk kulit:
2 biji keladi rebus dilenyek
3 sudu besar marjerin
2 cawan tepung gandum
2 sudu tepung ubi kayu
sedikit air
sedikit garam
- Uli semua bahan di atas sehingga menjadi doh
Bahan untuk inti:
2 cawan ayam cincang
1 labu bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dipotong dadu
1 tin cendawan butang dicincang halus
2 biji lobak dihiris halus
1 cawan kacang peas
1 sudu sos tiram
2 sudu kicap
1 tsp lada sulah
garam secukup rasa
5 sudu minyak
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga layu
- Masukkan ayam sehingga masak
- Masukkan kicap, sos tiram dan lada sulah
- Masukkan lobak, kacang peas dan cendawan butang.
- Bubuh garam secukup rasa
** Ambil sedikit doh, bulatkan dan buatkan lubang ditengah. Isikan dengan inti dan golekkan
sehingga inti tertutup. Buat hingga habis. Goreng hingga kekuningan
No comments:
Post a Comment