Saturday, August 15, 2009

Bubur Sum Sum



Bahan-bahan :

Bahan A

2 cawan tepung beras
4 cawan santan (1/2 biji kelapa)
1 tsp garam
1 sudu perisa pandan (optional)

Cara penyediaan:

- campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati
- tapiskan semasa tuang di loyang
- panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 15 minit atau sehingga masak

Bahan B

2 ketul gula melaka
3 sudu gula pasir
2 helai daun pandan disimpul
5 cawan air

Cara penyediaan:

- rebus semua bahan sehingga gula melaka cair.

Cara hidangan:

- Potongkan sum-sum apabila telah sejuk. Tuangkan dengan air gula melaka.
- Sedia untuk dihidang

No comments:

Post a Comment