
Bahan utk rebusan ikan :
1 ekor ikan tongkol saiz sederhana dikerat2
2-3 keping asam gelugor
2 cawan air
1 sudu garam
Bahan untuk kuah kari:
1 labu bawang merah ditumbuk lumat
2 ulas bawang putih ditumbuk lumat
2 sudu kari ikan
2 cawan santan
4 biji kacang bendi
2 biji lada besar(hijau)
4 sudu minyak
Cara penyediaan 1:
1. Masukkan semua bahan rebusan ikan.
2. Rebus sehingga airnya hampir kering
3. Biarkan semalaman
Cara penyediaan 2 :
1. Panaskan minyak & tumiskan bwg merah, bwg putih dan serbuk kari sehingga wangi.
2. Masukkan ikan beserta baki air rebusannya. Biarkan 3-4 minit
3. Masukkan santan
4. Apabila hampir mendidih, masukkan kcg bendi & lada hijau.
5. Masak sehingga pecah minyak.
6. Siap untuk dihidang
*** Untuk kuah kari tidak perlu diletak air asam @ garam kerana telah menggunakan air rebusan ikan. Jika kurang masin bolehlah ditambah sedikit garam.
No comments:
Post a Comment