Sunday, November 1, 2009

Gulai Daging



Bahan-bahan:

400g daging dipotong kecil-kecil
1/2 labu bawang merah ditumbuk lumat
1 ulas bawang putih ditumbuk lumat
1cm halia ditumbuk lumat
1 bungkus kecil rempah kari
1 sudu kecil asam jawa tanpa biji
3 cawan air
1/2 cawan santan pekat
2 biji lada hijau
sedikit garam dan perasa
sedikit minyak

Cara penyediaan :

- Tumiskan bawang putih, bwg merah dan halia hingga wangi.
- Masukkan rempah kari dan kacau sebati. Biarkan seminit.
- Masukkan daging. Gaul hingga sebati.
- Masukkan asam jawa dan kacau lagi.
- Masukkan 3 cawan air dan masak sehingga daging empuk.
- Apabila daging telah empuk, masukkan santan, lada, garam dan perasa. Masak sehingga pecah
minyak.
- Siap untuk dihidang

No comments:

Post a Comment