Saturday, September 5, 2009

Ayam Percik Kelantan



Bahan-bahan untuk perap ayam:

6 ketul ayam (@ 2 ketul jika ayam dibelah 4)
1cm halia ditumbuk lumat
2 ulas bawang putih
1 cm kunyit
1 sudu gula
1 tsp garam

Cara penyediaan :

- Kisar semua bahan dan perapkan bersama ayam sekurang2nya 1 jam.

Bahan kuah :

3 sudu cili kisar
1 1/2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
3-4 sudu gula
1 tsp tepung beras dibancuh dengan 2 sudu air
1 tsp garam

Bahan kisar :
50gms Cili kering
1 labu bawang besar(merah)
2 ulas bawang putih
1 cm halia
2 batang serai
2 cm kunyit hidup

Cara penyediaan kuah:

- Tuangkan santan ke dalam kuali bersama kesemua bahan kecuali tepung beras.
- Apabila telah pecah minyak, masukkan tepung beras dan tunggu hingga kuah pekat.

Cara penyediaan ayam percik:

- Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam periuk dan masak separuh masak tanpa dibubuh air.
- Angkat ayam tadi dan tuangkan kuah ke atasnya.
- Bakar hingga ayam masak.
- Apabila ayam telah masak, tuangkan baki kuah ke atasnya.
- Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment