Tuesday, August 15, 2017

Tom Yum Thale Hatyai Style - Tomyam Seafood ala Hatyai

Assalamualaikum. hari ini Abe nak kongsi satu Resepi Tomyam Seafood ala Hatyai.
Bukan resepi sahaja. tapi kaedah nak buat bagi rasa sedap & kaw. Inshaa Allah
sama macam rasa kat kedai. Resepi ni Ambe tanya tukang masak yg masak Tomyam ni.


Bahan- Bahan

1 Biji Tomato
1 potong Lengkuas Besar Ibu Jari
3 batang serai
5 helai daun limau purut
5 ulas bawang putih
1 biji bawang holand
2 sudu besar Pes tom yam
2 sudu besar sos ikan
2 biji limau purut
5 biji lada cili - nak pedas kena letak banyaklah.
600 gm makanan laut ( udang, sotong, ketam dsb)
1/2 tin susu cair
Garam & gula secukup rasa
1 genggam daun ketumbar


Cara- Cara Masak ( ni paling penting)

1. Didihkan air dalam 600ml
2. Setelah Mendidih Masukkan bahan ketuk (serai, lengkuas, bawang putih) & juga masukkan tomato, bawang besar , daun limau purut.- tunggu sehingga rebusan mendidih.
3. Masukan Pes tomyam. kacau sehingga sebati



4. Kemudian masukkan Udang, sotong 7 ketam. (kalau nak tambah cendawan pun boleh)
5. Tunggu Sehingga Mendidih. (*** Boleh masukkan sedikit gula kalau nak. -1 sudu  teh)
6. Masukkan Sos Ikan
7. Perahkan Asam Limau Nipis
8. Masukan susu cair & kacau sehingga sebati (kalau nak tambah garam pun boleh kalau tak tambah pun boleh-- ikut citarasa masing-masing)


9. Masukan Daun ketumbar ke dalam mangkuk then isi tomyam ke dalam magkuk, Akhirnya siaplah semangkuk besar Tom Yum Thale Hatyai Syle


Selamat Mencuba ..... Semoga Berjaya--- Anak2 yang susah nak makan pun makan bertambah

No comments:

Post a Comment